
Sulit
4 tahun
Saya ad masalah dinding rahim rebal
Saya ada masuk Hospital,sebab kitaran haid saya keluar telalu banyak sampai keluar darah ketul besar macam daging,lepas keluar hospital doktor bagi ubat untuk hentikan darah,lepas tu jadi macam normal kitaran haid saya,lpas tu saya ad temujadi dgn doktor pakar hospital selang 2 bln,doktor ad ckp saya ada masalah dinding rahim tebal,doktor ckp dalam 6 bln saya tidak boleh hamil sebab saya kena makan ubat medroxyprogesterone acetate 5mg selama 6 bulan,untuk nipis kan dinding rahim,saya makan ubat sehari 3 kali 4 biji selama 6bulan, baru sya jumpa doktor utk blan6,bila saya makan ubat medroxyprogesterone acetate 5mg kitaran haid jadi berpanjangan selame 3 minggu darah haid keluar x terlalu banyak,saya nk tanya ada kan tu normal makan ubat medroxyprogesterone acetate haid berpanjangan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang alami. Untuk pengetahuan anda, medroxyprogesterone acetate adalah bentuk sintetik hormon progesteron dan ia digunakan untuk mengawal masalah pendarahan rahim, tidak datang haid dan haid tidak teratur. Ia juga digunakan sebagai salah satu daripada perancangan keluarga.
Salah satu fungsi ubatan tersebut juga adalah untuk mengelakkan dinding rahim daripada menebal dalam kes endometrial hyperplasia.
Berikut merupakan antara kesan sampingan ubat tersebut:
- Perubahan mood
- Pening dan sakit kepala
- Sakit payudara (breast tenderness)
- Gangguan kitaran haid (berlebihan, kurang atau tidak menentu)
- Pertambahan berat badan
- Loya dan muntah-muntah
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid berpanjangan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Sekiranya anda mempunyai gejala yang disebutkan, sila berjumpa dengan doktor dan berbincang mengenai masalah yang anda alami.
Anda juga boleh menghubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami mengenai masalah anda. Terima kasih.