Sulit
2 tahun
Saya ade penyakit lain ke doktor?
Saya ade masalah bila makan nak muntah balik.bila xmakan akan kerap sendawa. jadi kt situ buatkan jiwa saya jadi takut.kadang ketakutan tu buat otot didada mengetat lepastu sendawa 2kali. Disebabkan masalah ni saya ade sikit rasa kemurungan(tak segembira dulu).doktor yang saya jumpa bagitahu saya ni gastrik n emosi terganggu.doktor beritahu saya bukan GERD… bila saya boleh sembuh seperti dulu?
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami,
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Untuk makluman anda, gejala-gejala yang dialami boleh disebabkan oleh:
- kekurangan gula dalam tubuh
- kekurangan rehat atau tidur
- rutin makan yang kurang sihat
- tanda-tanda dehidrasi
- faktor psikologi
atau ia juga boleh disebabkan oleh:
- alahan dari pemakanan
- jangkitan kuman yang disertai keracunan makanan
- gangguan saluran pencernaan
- gangguan penyakit yang memerlukan pemeriksaan yang lebih khusus
Khusus sekiranya anda seorang wanita, ia juga boleh menandakan:
- kehamilan
- gangguan kitaran haid
- gejala premenstrual syndrome
- gangguan ketidakstabilan hormon
- mahupun gangguan organ wanita
Maka, tanpa pemeriksaan yang lebih khusus, kita tidak boleh menjamin punca sebenar sakit yang anda alami. Walaubagaimanapun untuk menghilangkan keluhan buat sementara waktu, anda dinasihatkan untuk:
- berehat apabila selesai beberapa tugas
- memastikan pakaian tidak terlalu ketat
- memastikan tubuh sentiasa terhidrat (baca: stay hydrated)
- merujuk ke doktor secepatnya
Untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).