Sulit
3 tahun
Saya alami berkahak tapi tidak ada batuk kering mcm tu. cuma rasa berkahak dan cuba batuk untuk keluarkan dan susha nak keluar
Assalamualaikum dan selamat malam doctor. sy mengalami berkahak sudah dlm lebih kurg beberapa bulan. dan saya dapati kahak sy ada mcm bintik2 hitam. saya sudah berhenti merokok sejak 2 atau 3 tahun lalu. tapi saya ganti rokok itu dengN rokok daun utk gNtikN gian nak berasap. bila dH setahun lebih, sy tukar kepada hisap pod. sejak drpd sy berhnti hisap rokok daun, sana lah sy dPati kHak sy begitu. apa pendapat dn nasihat doktor?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Apabila terjadi batuk berkahak yang berterusan, terdapat beberapa kondisi yang mungkin dialami oleh anda seperti:
- Asma
- Jangkitan saluran pernafasan atas
- Bronkiektasis
- Tuberkulosis (Tibi)
- Bronkitis
- Kanser paru-paru
- kesan sampingan rokok yang anda amalkan
Merokok itu sendiri boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Maka, anda disarankan untuk mendapatkan pandangan doktor kerana ada alternatif yang lebih sihat berbanding mengamalkan rokok digital atau sebagainya.
Bagi mengenalpasti penyakit sebenar yang mendasari keluhan anda ini, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.