
Sulit
4 tahun
Saya baru memasuki umur 30an. Saya mengalami batuk pada waktu malam ketika saya tidur sejak 2 minggu yang lalu. Adakah ia disebabkan suhu sejuk atau ada masalah yang lain
Saya baru memasuki umur 30an. Saya mengalami batuk pada waktu malam ketika saya tidur sejak 2 minggu yang lalu. Adakah ia disebabkan suhu sejuk atau ada masalah yang lain

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah batuk boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Dapatkan kelegaan sakit tekak dan lalui hari anda dengan ceria.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.