Sulit
2 tahun
Saya belum datang period
Saya marlinah saya belum period lagi sudah lewat 5 hari
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan penerangan di atas, kami memahami anda mengalami masalah haid yang terlewat selama 5 hari. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah berkaitan haid biasanya disebabkan oleh gangguan hormon dalam badan. Ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti gangguan tekanan (stres) ataupun berat badan yang berlebihan ataupun berkurangan. Selain itu, haid yang terlewat juga boleh disebabkan oleh :
- Masalah tiroid
- Penggunaan perancangan keluarga
- Kesan sampingan sesetengah ubatan
- Fibroid atau polip rahim
- PCOS
Kami menasihatkan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor supaya punca sebenar masalah anda dapat dikenal pasti dan dirawat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.