Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Saya cirit birit, makan pil sakit perut masih tak baik

Dijawab oleh: DOC Patient Care

Dikemaskini pada: November 30, 2018 6:35 AM

Syira 18 bulan

malam tadi makan cili banyak kot perut saya pedih pagi ni dan cirit 2 kali dah. makan pill sakit perut pun tak elok juga. saya perlu gerak JB tlg bagi ubat elok sikit doc…

Hai. Salam sejahtera. Terima kasih kerana bertanyakan soalan ini.

Pada kebiasaanya, perkara ini terjadi kerana jangkitan virus yang merebak dari makanan, dan sekiranya penyebab kepada masalah ini adalah bakteria, anda akan mengalami simptom yang lebih menganggu seperti muntah, demam, cirit-birit yang beserta najis atau lendir dan kelesuan.
Memakan makanan yang pedas boleh juga menyebabkan cirit-birit namun jarang bertanggungjawab kepada terjadinya keracunan makanan.

Sekiranya perut anda sensitif, mempunyai penyakit ‘irritable bowel syndrome’, ‘inflammatory bowel disease’ mahupun mengambil cili pada kadar yang lebih dari biasa, maka perkara yang terjadi ini boleh terjadi.

Sekiranya gejala tersebut masih kekal atau menjadi semakin teruk, saya menyarankan agar anda menangguhkan dahulu jadual perjalanan anda. Adalah penting untuk anda mendapat rehat yang cukup dan boleh memandu tanpa sebarang gangguan.

Pada masa yang sama, memastikan bahawa anda mengambil air yang cukup juga adalah amat penting. Ketika episod cirit-birit berlaku, anda kehilangan jumlah air yang sangat banyak dan kerana itu, anda perlu menggantikannya semula agar sebarang kemungkinan untuk berlakunya dehidrasi boleh dikurangkan. Mengambil larutan garam rehidrasi juga dibolehkan untuk membantu dalam proses ini. Elakkan dari menagmbil makanan yang berminyak dan juga pedas buat sementara waktu.

Dikemaskini pada: Fri Nov 30 2018 06:35:52 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88

Terima kasih atas persoalan ini.

Gastritis adalah keradangan, kerengsaan, atau hakisan lapisan perut yang boleh berlaku secara tiba-tiba atau secara beransur-ansur (kronik). Penyebab utama gastritis ialah Helicobacter Pylori. Sebab lain boleh disebabkan oleh peningkatan pengeluaran asid yang boleh disebabkan oleh penggunaan alkohol yang berlebihan, muntah kronik, tekanan, atau penggunaan ubat-ubatan tertentu seperti aspirin atau ubat-ubatan anti-radang yang lain.

Gejala gastritis termasuk loya atau sakit perut yang berulang, perut kembung, sakit perut, muntah, gangguan pernafasan, pembakaran atau kekeringan di perut antara makanan atau pada waktu malam, hilang selera makan, muntah darah yang berwarna gelap atau cirit-birit.

Terdapat banyak rawatan yang anda boleh cuba di rumah yang boleh membantu mengurangkan gejala gastritis, tetapi biasanya is tidak boleh merawat penyebab utama keadaan. Berhenti merokok jika anda seorang perokok, elakkan minum alkohol yang berlebihan, elakkan minuman berkafein dan berkarbonat dan jus buah-buahan yang mengandungi asid sitrik dan mengelakkan makanan yang tinggi lemak, minum minuman tanpa kafein dan lebihkan minuman air kosong. Jika gejala berterusan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan doktor. Semua yang terbaik!

Dikemaskini pada: Mon Dec 10 2018 08:43:27 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
mug5448
Food poisoning jika tidak dirawat Doc, apa akan jadi kalau food poisoning kalau tidak dirawat? Bila saya baca tanda/gejala food poisoning, mungkin suspect food poisoning. Saya krem perut, cirit birit, sakit kepala dan demam teruk tiba… Baca lagi...
13 bulan
alianur028
Gastrik angin dan keracunan makanan Doktor, saya berumur 17 tahun dan mengalami gastrik angin serta keracunan makanan. Apabila saya pergi ke farmasi untuk beli ubat,ahli farmasi tersebut memberi syg ubat AXCEL EVILINE FORTE. Bagaimana … Baca lagi...
13 bulan
Sulit
Sakit perut dan muntah Saya mengalami perut tidak selesa dan muntah muntah sejak semalam. Saya perasan saya cirit birit pada waktu pagi, dan rasa tidak selesa perut. Pada waktu tengahari saya mengalami muntah muntah y… Baca lagi...
4 bulan
Sumira
Keracunan makanan dan jangkitan pada darah putih Salam, saya disahkan keracunan makanan dan ada jangkitan pada darah putih saya. Adakah kedua2 masalah itu ada kaitan ? Baca lagi...
18 bulan
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi