Sulit
3 tahun
Saya dan pasangan melakukan seks pada siang hari ketika waktu subur saya, adakah pil postinor tetap akan berkesan untuk mencegah kehamilan saya?
Saya melakukan seks bersama pasangan, kemudian memakan pil postinor 2 pada malam hari, pada keesokannya, sebelum memakan pil yang kedua, kami melakukan seks sekali lagi tetapi dengan kaedah pabcut luar, kemudian, makan pil postinor selepas melakukan seks, adakah pil postinor tetap akan mencegah kehamilan walaupun pada waktu subur saya?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, pil perancang kecemasan yang anda nyatakan harus diambil pada setiap 12 jam dalam sehari (2 pil dalam 24 jam) untuk mendapatkan keberkesanan yang diinginkan. Sekiranya anda terlambat untuk mengambil pil perancang tersebut, anda boleh memakan ubat tersebut sebaik sahaja anda sedari mengenai kelewatan itu, dan mengambil pil seterusnya 12 jam selepas itu. Pil perancang kecemasan harus diambil berterusan dalam jangka masa 72 jam . Jika tidak diambil lebih dari 72 jam, maka kesan ubat tersebut akan terhapus.
Pil perancang kecemasan ini boleh diambil sebelum 72 jam melakukan hubungan intim. Pengambilan lebih dari sekali dalam kitaran haid (bulan) yang sama adalah dibenarkan, namun ia akan menyebabkan kitaran haid anda mudah terganggu atau lebih tercederung untuk menjadi tidak teratur. Kami sarankan anda kurangkan dari segi penggunaan pil tersebut dan hanya gunakan sekiranya sebagai salah satu kecemasan.
Pengambilan pil kecemasan ini sebelum ovulasi akan menyebabkan proses pengeluaran ovum menjadi lambat dan jika diambil selepas ovulasi, ia akan menganggu pergerakan ovum dan sperma. Jika anda telah menggunakan pil perancang mengikut waktu yang disarankan, peratusan anda untuk hamil adalah rendah.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.