Sulit
3 tahun
Saya mempunyai masalah pcos dan mahu penerangan tentang pengambilan ubat pil perancang diane 35 untuk perbetulkan kitaran haid saya yg langsung tak ada datang
Saya ada pcos.boleh ke saya amalkan pengambilan pil perancang diane 35 selama 6 bulan untuk pulihkN kitaran haid saya?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Pertama sekali, saya memerlukan maklumat mengapa anda ingin mengambil ubat tersebut. Ia digunakan untuk merancang kehamilan.
Masalah PCOS boleh dirawat dengan beberapa kaedah seperti:
- Pengurangan berat badan dan pengambilan ubat seperti “metformin” - ubat ini memerlukan preskripsi doktor terlebih dahulu
- Penggunaan pil perancang hanyalah untuk mengawal kitaran haid sahaja agar lebih teratur
- Pembedahan sekiranya ubat-ubatan tidak berjaya
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.