
Sulit
4 tahun
Saya mengalami haid tidak teratur dan mengambil sunolut
saya mengalami haid tidak teratur dan mengambil sunolut. mengapa saya sakit pinggang selepas saya makan pil tersebut. saya telah makan selama 3 hari. berapakah dos sebenar untuk haid tidak teratur.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak puan. Walau bagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak puan.
Kitaran haid yang tidak teratur dialami apabila jarak antara haid anda kerap berubah. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca berlakunya haid tidak teratur. Punca utama ialah:
- Gangguan stress
- Hormon yang tidak stabil (kerana ubat-ubatan atau gangguan penyakit)
- Penggunaan ubat tertentu
- Masalah organ wanita - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
- Penyusuan
- Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Anda perlu bimbang sekiranya:
- ia mengganggu rutin harian anda
- terdapat gejala yang membimbangkan di luar normal (sakit kepala, lemah badan, mual, muntah, dll.)
- perubahan tubuh yang dirasakan secara drastik (berat badan, bentuk tubuh, dll)
Tambahan lagi Sonulot lebih dikenali sebagai Norethisterone, ia tergolong dalam sekumpulan ubat-ubatan yang dipanggil progestogen. Ubat ini mengandungi bahan aktif norethisterone, yang boleh digunakan pada wanita dengan gangguan haid.
Walau bagaimanapun dos dan langkah pengambilan ubat perlu didahului dengan pemeriksaan doktor, hal ini bagi menentukan potensi kesan sampingan dan kaedah rawatan yang paling berkesan telah diambil kira, sebelum membuat apa-apa keputusan.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.