Perlu Bantuan?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Saya penghidap Herpes simplex type 2

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Januari 13, 2021 1:30 AM

Sulit 7 hari

Salam hye doktor… Boleh doktor terangkan bagaimana cara untuk mencegah dari berulangnya HSV2… sebelum ni saya ada mengambil ubat acyclovir yang diberi oleh doktor… masalah saya sekarang virus ni berulang dengan kerap… boleh dikatakan setiap bulan… virus ni telah mengubah kehidupan saya… saya merasa sangat tertekan sekarang… saya mohon bantuan penjelasan secara detail dari doktor apa yang perlu saya buat, or ada ubat atau suntikan yang boleh doktor sarankan… Terima kasih

Dr Sashini Seeni 7 hari
General Practitioner

Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Berkenaan dengan rawatan penyakit herpes simplex, secara umum, rawatan yang terdapat di pasaran hanyalah dapat membantu di dalam mencegah luka dan mengelakkan daripada penyakit ini berulang.

Terdapat juga kemungkinan yang luka anda akan hilang tanpa rawatan. Walau bagaimanapun, doktor anda akan menentukan sama ada anda memerlukan satu atau lebih ubat berikut:

  • acyclovir
  • famciclovir
  • valacyclovir

Ubat-ubatan ini terdapat dalam bentuk pil, atau boleh digunakan sebagai krim. Suntikan ubatan berikut hanya diberi sekiranya anda mengalami jangkitan yang kuat.

Langkah-langkah pencegahan yang harus diambil termasuklah :

  • Cuba untuk mengelakkan hubungan fizikal seperti persentuhan dengan orang lain.
  • Tidak berkongsi barang-barang yang boleh menyebarkan virus seperti cawan, tuala, pakaian, alat solek seperti gincu.
  • Menghidari daripada melakukan seks oral, mencium atau sebarang jenis aktiviti seksual semasa dijangkiti virus
  • Membersihkan tangan anda dengan teliti dan menyapu ubat dengan kapas untuk mengurangkan sentuhan dengan luka

Oleh itu, untuk mendapatkan rawatan yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Memandangkan anda mempunyai masalah jangkitan berulang, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih

Dikemaskini pada: Wed Jan 13 2021 01:30:45 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Penyakit Berjangkit tentang herpes secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Virus herpes didalam tubuh badan Saya penghidap herpes simplex. Ketika virus ni tidak aktif didalam badan dan tak timbul rasa gatal-gatal. Virus herpes simplex ni bersembunyi dikawasan mana Doktor? Kadang-kadang rasa sakit bela… Baca lagi...
23 hari
Sulit
Penyakit herpes type 1 Igg 24 Saya wanita berusia 39 tahun.Sudah berkahwin.Ini adalah perkahwinan kedua saya…Saya mengalami simptom sakit pada bahagian kanan perut ke bawah sehingga ke belakang…Saya telah menjalankan ujian d… Baca lagi...
12 bulan
Sulit
Herpes dan rumahtangga Hai doktor. Terima kasih sebab jawab kemusykilan saya ni. Saya dah bertunang dan bakal berkawin. Lately ni saya kerap kena herpes labialis. Setiap bulan tu mesti ada. Tapi tak teruk. Baru nak mu… Baca lagi...
26 hari
Sulit
Herpes, blister pada jari tangan yang terasa sakit, gatal, dan panas Salam dokter… sy dah melakukan ujian darah PCR untuk herpes, hasinya negative adakah cara lain untuk melakukan test?, tetapi sy mengalami kekambuhan setiap bulannya, dalam satu tahun saya mengal… Baca lagi...
35 hari
Sulit
Herpes genital pada wanita saya wanita berumur 33 tahun mengalami masalah herpes genital baru je 2 hari lepas…saya telah pergi ke klinik untuk pemeriksaan lanjut dan telah di berikan ubat…cuma saya hendak bertanya macam m… Baca lagi...
14 bulan