
wanq8688
5 tahun
Saya punya Zakar gatal gatal
Saya lelaki umur lingkungan 30 an saya mempunyai masaallah kegatalan yg amat sangat zakar saya .hingga bila kita mengaru ada macam luka

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kegatalan pada zakar anda boleh disebabkan:
- Jangkitan kulat
- Jangkitan herpes genital
- Alahan kulit - pada produk pencuci atau kain seluar dalam
- Penyakit kulit seperti ekzema/lichen planus
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.