Sulit
3 tahun
Saya sepatutnya period pada 16 December. Tapi semalam 11 Dec ada spotting darah. Lepas tu tak ada apa2. Lately jadi macam ni dalam couple of days sebelum period
Saya sepatutnya period pada 16 December. Tapi semalam 11 Dec ada spotting darah. Lepas tu tak ada apa2. Lately jadi macam ni dalam couple of days sebelum period.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapu iaitu pendarahan spotting sebelum haid. Untuk pengetahuan anda, spotting boleh disebabkan atau menjadi tanda kondisi perubatan yang lain seperti:
- Sesetengah wanita mengalami spotting (keluar cecair coklat) sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depo, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Anda masih risau tentang spotting ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Sekiranya spotting ini berulang dan berlarutan, saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan.Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Oleh itu, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih