Sulit
3 tahun
Saya sering merasa sukar untuk tarik nafas..nafas tidak kesampaian
Saya wanita berumur 38 Tahun sering mengalami sukar untuk bernafas.dan nafas asyik tidak kesampaian seolah olah lelah
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Masalah jantung
- Serangan asma
- Jangkitan paru-paru
- Tuberkulosis atau tibi
- Serangan gastrik
- Refluks asid
Masih mengalami masalah sesak nafas? Pakar paru-paru sedia membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Namun begitu, kenyataan yang diberikan oleh anda adalah kurang lengkap. Selain itu, maklumat lanjut dan pemeriksaan lanjut perlu dibuat untuk mengetahui puncanya. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.