
Sulit
4 tahun
Saya tahu org yg pernah buat sex Dgn saya hiv+
Saya lelaki 27 tahun, org yg pernah buat sex Dgn saya Mesej bagitau dia hiv+ Hari nie 20/10/20
Saya sgt takut Dan Adakah Saya berisiko dijanhkit Jugak?
Setelah 2 Bulan… Hari nie dia Bagi Tau saya. Saya sgt Takut. Boleh saya Terus check HIV test Utk kepastian. Harap Menbantu dr

4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang risiko penyakit HIV.
Sekiranya anda melakukan hubungan seksual dengan mereka yang berstatus positif dan mereka tidak mengambil rawatan, kemungkinan untuk anda mendapat jangkitan HIV akan terjadi.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Saya menasihatkan anda untuk mendapatkan pemeriksaan makmal daripada doktor yang merawat anda untuk pengesahan. Sila berhubung dengan Doktor anda untuk konsultasi lanjut.
Bagi mengurangkan risiko mendapat penyakit HIV, anda disarankan untuk melakukan hubungan seksual yang sihat dan selamat seperti:
- Menggunakan kondom
- Tidak bertukar-tukar pasangan
- Mengetahui status penyakit pasangan
- Tidak melakukan aktiviti melibatkan dadah
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (**DoctorOnCall**) secara peribadi. Terima kasih.