mohdriyyahidaya
6 tahun
Saya tak datang haid dah 2bulan
Saya wanita berumur19 th sy dh dua bulan tak dtg haid… Sy dah bnyk kli cek guna test pack tapi keputusn ny punmsih sm negatif…
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan haid yang lewat selain kehamilan, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
























