Sulit
3 tahun
Sblm ni memang ada sakit perut,cirit birit berwarna hijau,tapi sekarang cirit birit dah okay ,tp Tiba2 ada rasa muntah and masa muntah ada campur Darah sikit. Pagi selepas bangun buang air ludah ada campur darah juga
Saya berumur 28an,saya memang ada masalah gastric, dah jumpa doctor hospital beberapa kali
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu muntah bercampur darah. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala muntah darah anda boleh disebabkan:
- Kecederaan organ dalaman seperti esofagus
- Ulser perut
- Saluran darah pecah
- Kesan ubat cair darah - sekiranya diberi
- Kanser perut
Anda dinasihatkan untuk merujuk semula ke hospital yang anda dirawat bagi mengelakkan punca yang tidak diingini berlaku. Sebelum ini juga anda ada masalah sakit erut dan cirit birit berwarna hijau tetapi masalah itu tidak mengganggu hidup anda lagi. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Sekian.