
Sulit
4 tahun
Scan untuk awal kandungan
saya wanita berumur 35 tahun dan sudah berkahwin. saya nak tanya berkenaan scan untuk awal kandungan. saya dah lebih 3 hari lewat period. sepatutnya 10 hb mei…tapi ini dah lewat 3 hari. saya dah test ujian kehamilan pada 10 mei. tp test (tidak pregnant). my question is boleh ke saya nak buat scan awal untuk cek sama ada saya pregnant atau tidak.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, tidak ada masalah untuk anda ke klinik atau hospital bagi memeriksa sama ada anda mengandung atau tidak. Namun begitu, ianya terlalu awal. Sekiranya anda ingin melakukan imbasan ultrasound, ianya terlalu awal kerana janin hanya boleh dilihat sekitar 5-6 minggu kandungan.
Saranan saya adalah untuk menunggu 2 minggu lagi. Sekiranya anda masih tidak datang haid, anda boleh melakukakan ujian UPT sekali lagi atau barulah anda berjumpa dengan doktor.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.