
Sulit
4 tahun
Scan uterus tak nampak
Hi doc. Semalam sy ada pergi ke klinik untuk scan rahim… tp hasil scan tersebut uterus sy tak nampak dan gelap… kenapa jadi mcm tu? Doc ada cakap dinding rahim sy tebal. Doc ada bagi ubat turun darah period… perlu ke sy makan ubat tersebut? Period sy dah lewat 16 hari…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Namun, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Bagaimanapun, secara umum, anda perlu mematuhi arahan doktor untuk memakan ubat yang telah dipreskripsikan kepada anda. Hal ini kerana rawatan tersebut telah diberikan berikutan pemeriksaan yang telah dilakukan kepada anda semasa konsultasi bersama doktor di klinik berkenaan.
Berkenaan dengan dinding rahim/ endometrium, separuh pertama fasa proliferatif adalah bermula sekitar hari ke 6 hingga 14 dalam kitaran haid seseorang wanita, atau waktu antara akhir suatu kitaran haid, ketika pendarahan berhenti, dan sebelum ovulasi. Pada fasa ini, endometrium mula menebal dan dapat diukur antara 5-7 mm pada pemeriksaan radiologi. Semasa kitaran berlangsung dan menuju ovulasi, endometrium tumbuh lebih tebal, hingga kira-kira 11 mm. Kira-kira 14 hari dalam kitaran haid seseorang, hormon menyebabkan pembebasan telur. Semasa fasa rembesan ini, ketebalan endometrium/ dinding rahim adalah paling tinggi dan boleh mencapai 16 mm. Namun, penebalan dinding rahim juga boleh disebabkan oleh beberapa kondisi kesihatan lain yang memerlukan pemeriksaan komprehensif sebelum kesimpulan. Maka, hal ini bergantung kepada kondisi kesihatan setiap individu.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan dikesimpulan yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!