
Sulit
5 tahun
Selalu pancut mani ketika tidur
Sy Kerap alami pancutan mani ketika tidur… Sy berusia 30thn dan sudah berkahwin 9thn…jika tidak berhubungan dlm seminggu Maka ketika tidur Sy akan bermimpi Dan terpancut terutama jika lebih smggu tidak bersama… Adakah ini normal??

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, keadaan ini adalah normal sekiranya penyimpanan sperma anda telah berlebihan dan tidak dikeluarkan. Pancutan malam ini juga boleh disebabkan oleh gesekan dan rangsangan daripada selimut atau bantal anda semasa anda tidur.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.