Sulit

2 tahun

Selalu pening letih melampau

Salam doktor,
Saya perempuan umur 34 tahun. Saya dh berkahwin lebih 3 bulan. Rutin harian saya berubah keseluruhannya berbanding rutin bujang saya yg banyak ‘me time’. Saya masih berusaha untuk sesuaikan diri dengan suasana tempat baru dan rutin baru sebagai isteri dan menantu. Rutin harian saya sentiasa penuh sampai hujung minggu. Hujung minggu kami ke dusun keluarga mentua tolong menebas kawasan sekitar dusun. Rutin harian yg baru ni buatkan saya kurang rehat, tidur tak nyenyak, kurang selera makan, mengantuk & kurang fokus di tempat kerja, seharian pening kepala pusing2, rasa nafas pendek, kadang rasa macam nak habis nyawa, rasa susah nak telan macam ada benda tersekat di tekak, sakit kepala kadang2. Sembelit & angin2 yg sedia ada masa bujang lagi makin ambil masa untuk normal balik. Dengan kes covid yg tengah naik, risau pulak kalau2 saya terkena jangkitan. Saya baru mula makan folic acid 5mg 2 hari nh, rasa perut kembung dan lagi susah nak buang air besar. Saya pun taktau nak buat apa lagi dah. Apa yang tak kena ya doktor…

Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.

Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami masalah kesihatan semenjak berkahwin kerana rutin baru anda. Kami akan cuba membantu anda.

Anda memaklumkan anda kurang tidur, kurang selera makan, sering mengantuk, kurang fokus, pening kepala, nafas pendek dan sakit kepala. Masalah anda boleh disebabkan oleh rutin baru anda yang tidak memberikan anda ruang untuk ‘me time’. Selain itu, gangguan tekanan ataupun stres, anxiety ataupun anemia juga boleh menyebabkan masalah anda. Kami menasihatkan anda untuk cuba mendapatkan rehat secukupnya dan berkomunikasi dengan suami anda mengenai waktu ‘me time’ anda. Anda boleh mendapatkan pandangan doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.

Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

bruce-mars-wBuPCQiweuA-unsplash%20(1)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)