Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Selepas bersama akan keluar darah,tnpa ada rasa sakit adakah kerana hormon

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Januari 19, 2021 2:30 AM

Sulit 37 hari

Hye doc,Sy berumur 29,sudah berkhawin 3 tahun dan sedang berusaha untuk hamil…pada tahun lepas sy ada buat rawatan scan dan doktor menyatakan hnya hormon yg tidak stabil apabila haid sy yg berpanjangan ttp hnya tompokon coklat selepas benar2 haid…sy diberi pil perancang selama 3 bulan…ttp masih lg keadaan yg sama…tompokan coklat biasa…ttp apabila bersama akan keluar darah yg berwarna seperti haid…

Dr Sashini Seeni 37 hari
General Practitioner

Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.

Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, gejala pendarahan yang keluar selepas berhubungan seksual boleh disebabkan oleh dua perkara, iaitu kedatangan haid, ataupun pendarahan Postcoital Bleeding , iaitu berdarah khususnya selepas melakukan hubungan seks. Poscoital bleeding ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara iaitu:

  • Kecederaan pada vagina atau serviks
  • Vagina kering atau tidak cukup pelincir ketika melakukan seks.
  • Jangkitan kuman atau virus
  • Ketumbuhan fibroid atau polip
  • Kanser serviks
  • Keradangan pada vagina atau serviks (akan disertai dengan sakit bawah perut dan keputihan aneh).

Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.

Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi serta rawatan yang tepat, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan. Ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih

Dikemaskini pada: Tue Jan 19 2021 02:30:14 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Urologi tentang kesihatan seksual secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Kesan pakai kondom/pelincir ketika isteri hamil Hai Doc, isteri saya sedang hamil dan jika sy menggunakan kondom/pelincir ketika bersama adakah akan memberi kesan pada kandungan isteri atau akan membawa kepada sesuatu penyakit… ? Baca lagi...
6 hari
Sulit
Bertanya Mengenai Masalah Undescended Testiscle Hi Dr. Saya baru sahaja berkahwin beberapa bulan lalu dan telah bersama isteri pada waktu2 subur. Namun masih belum menunjukkan tanda tanda hamil. Saya telah membawa isteri untuk melakukan pemer… Baca lagi...
7 hari
Sulit
Badan panas apabila bersama suami Saya wanita umur 22 tahun.saya ada masalah sakit apabila bersama suami.selain itu faraj juga mudah kering apabila bersetubuh.saya juga menyedari ada benjolan di belakang faraj dan tidak sakit…ke… Baca lagi...
5 hari
Sulit
Berdarah Selepas Berhubungan Intim Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Saya berumur 27tahun. Sy sedar sy telah mengalami pendarahan setelah selesai berhubungan intim dengan suami. Pendarahan tersebut diikuti ketulan darah bersa… Baca lagi...
40 jam
Sulit
Mati pucuk.. Zakar tidak tegang.. Lembik.. Tidak kerasa.. Cepat pancut Zakar tidak tegang… Xnaik. Sy sblm. Kerap onani sjk shri 2 ni sy perasan zakar sy sukar tegang… Sy cuba onani tidak juga tegang… Adakah boleh dirawat n sembuh Baca lagi...
31 jam