Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Selepas di cucuk di punggung

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: September 20, 2021 10:22 AM

Sulit 35 hari

Situasi pada awalnya mama saya demam … selapas tu petang tadi mama pergi ke klinik selepas itu doctor cucuk di bahagian punggung mama saya … dan sekarang mengakibat kan mama saya tak boleh berjalan malah di papah sekarang . Dan jugak ia harus mengguna kan pampers ? Soalan adakah mama saya akan sembuh berjalan seperti biasa kembali … dan baik dari demam ?

Dr Ramzdhan 35 hari
General Practitioner

Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu. Kami akan cuba membantu anda.

Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:

  • Demam tifoid
  • Tuberkulosis milier
  • Abses dalam
  • Demam denggi
  • Penyakit kencing tikus

Selain itu, ianya adalah normal untuk berasa sedikit sakit atau tidak selesa di bahagian suntikan buat seketika. Kami sarankan anda untuk membuat pemeriksaan bersama dengan doktor supaya puncanya dapat dicari dan rawatan dapat diberikan kepada anda.

Sila jumpa doktor dengan segera sekiranya anda mempunyai gejala berikut:

  • Kebas di bahagian kaki atau punggung
  • Pergerakan terbatas
  • Kawasan suntikan menunjukkan tanda-tanda radang seperti bengkak, merah, terdapat nanah dan sakit

Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.

Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.

Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.

Dikemaskini pada: Mon Sep 20 2021 10:22:05 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Perubatan Am tentang demam secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Ujian Swab PCR COVID-19 Ujian RTK COVID-19