Sulit
4 tahun
Selesma,rasa macam nak demam,hidung tersumbat
slmt pgi doc,sya lelaki umur 33 thn,sya start selesma,rasa nk demam start 20/5 haritu hingga skrg,tak sembuh2 lagi,mcm2 ubat selesma dh sya makan beli ubat kat farmasi,ubat hospital bagi pun tk sembuh juga,sya ada pergi klinik kesihatan buat swp test pada 25/5 haritu dan keputusan sya pada 26/5 ngeatif covid 19,dan swp test kali ke dua pada 1/6 ne nanti,saya sakit tekak xada,batuk ada tapi tk lah terus menerus batuk,hidung sya selalu tersumbat,apa kah saya nk ada berkaitan dgn penyakit covid doc
4 tahun
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kerisauan anda terkait wabak yang kita alami sekarang, lebih-lebih lagi berkenaan potensi kontak rapat dan gejala positif COVID-19
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Lazimnya, proses hasil tes swab memerlukan waktu sekitar 3 hari, namun oleh kerana peningkatan kes harian yang terlampau tinggi, kemungkinan waktu hasil ujian saringan akan sedikit lama dari kebiasaannya.
Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19. Atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, tetap lakukan kebersihan tangan sekerap mungkin, jauhi diri dari ahli keluarga atau rakan serumah buat sementara waktu dan patuh dengan SOP PKP sesuai garis panduan KKM.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Di samping itu, untuk makluman anda juga, WHO menyenaraikan simptom biasa untuk jangkitan COVID-19 seperti berikut:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celcius)
- Keletihan
- Batuk
- Sakit-sakit badan
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Sesak nafas
Buat sementara waktu, anda digalakkan untuk kekal berada di dalam rumah, perbanyakkan minum air dan berehat. Saya juga menggalakkan anda untuk menjawab kuiz ini di Penilaian Risiko untuk COVID-19 untuk menilai status kesihatan semasa anda berkaitan dengan penyakit ini. Setelah menyelesaikan kuiz ini, anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori. Arahan selanjutnya akan diberikan pada akhir kuiz.
Ingin meningkatkan imuniti tubuh? Suplemen merupakan pilihan yang tepat!
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































