
Sulit
4 tahun
Seluruh anggota badan gatal2 selepas mandi air sejuk & berada dalam cuaca sejuk
Hi doctor, saya dapati bahawa baru2 ini saya mempunyai alergic terhadap “sejuk”. Sekiranya saya mandi terlalu lama badan saya akan gatal2 dan naik merah bintik2. Dan ia menganggu sedikit sebanyak kerana terlalu gatal. Then, saya juga tidak boleh duduk di tempat sejuk dan pegang sesuatu yang sangat sejuk. Kulit saya akan gatal. Apakah punca2 nya doctor??

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah anda perlu diperiksa dengan lebih teliti untuk mendapatkan kesimpulan. Melalui penerangan anda, masalah anda boleh terjadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- Cold urticaria
- Ekzema
- Dermatitis Seborrhoeic
- Psoriasis adalah keadaan kulit biasa yang mempercepatkan kitaran hidup sel-sel kulit. Ia menyebabkan sel-sel membina dengan cepat pada permukaan kulit. Sel-sel kulit tambahan menyebabkan kegatalan dan kadang-kadang menyakitkan
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Kami sarankan anda untuk mendengar nasihat dan penjagaan kulit daripada doktor yang merawat anda. Kami percaya bahawa doktor tersebut telah melakukan pemeriksaan mengikut prosedur yang betul. Setiap pengambilan ubat mestilah mendapat kebenaran dan panduan daripada doktor
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu kondisi kulit anda!
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.