Sulit
5 tahun
Seluruh badan gatal gatal tidak termasuk muka
hai assalammualaikum doc saya wanita 17 tahun ,saya mengalami gatal gatal yang tidak boleh bawa bincang tapi saya ada pergi jumpa doc 3 hari yang lepas bila makan ubat tu takde effect apa apa lagi , malah makin gatal walaupun dah pakai mandian yang die bagi dan location gatal , patutkah saya pergi ke klinik kembali untuk rawatan seterusnya ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang hadapi pada masa ini. Untuk maklumat anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah seperti ini:
- Skabies atau kudis
- Ekzema
- Radang kulit (dermatitis)
- Reaksi alahan terhadap debu, makanan atau ubat-ubatan
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Disebabkan anda menyatakan keadaan ini mengganggu anda, kami sarankan anda untuk berjumpa kembali dengan doktor untuk rawatan seterusnya ataupun berjumpa dengan doktor pakar kulit.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.



































