Sulit
6 tahun
Seluruh badan saya menjadi gatal gatal naik ruam kecil dan kulit menjadi kering
Saya lelaki berumur 20an. Pada 2 minggu yg lalu, kulit saya menjadi gatal2 dan kering. Pada mula nya ia gatal di bahagian punggung dan celah peha. Namun skrg seluruh badan menjadi gatal dan naik ruam ruam kecil. Pelbagai krim sperti econazine smua itu telah saya cuba namun kulit akan jd melecet
6 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah kulit gatal boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan kulat
- Ekzema: biasanya disebabkan alahan
- Kurap (ringworm)
- Dermatitis: radang kulit yang boleh disebabkan alahan kepada bahan kimia biasanya pada produk pencuci
- Psoriasis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

































