Sulit
3 tahun
Senak di bhagian bawah pusat
Saya wanita berusia 21 tahun…sejak akhir2 ni saya sering sakit di perut seolah olah senak berasa angin dlm perut…rasa sakit seperti menyucuk tp rasa sakit tu tak lama bila buang angin akn hilang …sakit tu akan hilang sekejap dan datang balik . Selalu rasa sakit pada wktu tngh mlm and kerap wktu pagi bila bngun dripda tidur …bahagian bawah pusat selalunya rasa … selera makan ok je takde masalah…adakah ini gastrik ? Kercunan mkanan or berkenan dgn rahim ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sakit perut seperti yang dinyatakan di dalam ruangan soalan, antaranya:
- Radang appendiks (appendicitis)
- Keracunan makanan
- Jangkitan usus
- Usus tersumbat (intestinal obstruction)
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory disease)
- Ketumbuhan rahim atau ovari
Namun begitu, pemeriksaan lanjut daripada doktor amatlah diperlukan dan kami galakkan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya puncanya dapat dicari dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sila pantau gejala-gejala ini dan segera berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalaminya:
- Demam
- Kencing tidak lawas dan sakit
- Kencing berdarah atau/dan bernanah
- Cirit-birit
- Muntah-muntah
- Sakit di bahagian pinggang dan belakang
- Lesu
- Gejala yang anda alami mengganggu aktiviti harian dan tidur
Alternatif lain, anda boleh mengetahui masalah anda dengan lebih lanjut dengan menghubungi doktor kami di (DoctorOnCall). Terima kasih.