
Sulit
4 tahun
Senak dibahagian Testis dan Zakar tidak Aktif
Hai Dr, saya lelaki berumur 27 tahun dan masih bujang. Akhir-akhir ini saya dapat merasakan denyutan atau senak atau juga ngilu dibahagian telur saya. Denyutan itu Kadang2 ia datang tak kira masa. Adakala selepas denyutan itu dirasai akan myusul terasa senak dibahagian bawah pusat @ perut. Adakah ia berpunca daripada kerap beronani? Juga saya dapati zakar saya sudah tidak “bernyawa” seperti sedia kala. Ia seperti separuh sedar atau kata lain hidup segan mati takmau. Zakar saya tegang bila saya terasa ingin kencing sahaja dan setelah itu ia akan kecut kembali… Saya juga tidak mengalami morning wood seperti sebelum2 ini… Mohon penjelasan Dr dan kaedah untuk rawatan. Saya menyesal…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Kecederaan di bahagian testis dan zakar
- Hernia
- Jangkitan kelamin
- Masalah saraf
- Masalah psikologi: stres, kemurungan (depression), keresahan (anxiety)
- Kencing manis (menyebabkan zakar kurang berfungsi)
- Darah tinggi (menyebabkan zakar kurang berfungsi)
- Obesiti
Sukar ingin kami katakan punca masalah zakar anda kerana maklumat lanjut dan pemeriksaan lanjut perlu dilakukan. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Anda juga boleh melakukan perkara ini untuk melegakan gejala yang anda alami:
- Mengamalkan gaya hidup yang sihat
- Elakkan daripada beronani atau melakukan aktiviti seksual buat sementara
- Mengurangkan berat badan anda sekiranya berat badan anda berlebihan
- Makan dalam kuantiti yang sederhana
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang anda hadapi. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.