
Sulit
4 tahun
Senggugut dan sakit pinggang seperti period walaupun sesudah period
saya wanita berumur 20-an haritu saya ada kencing berdarah tapi jadi untuk hari itu sahaja… setelah beberapa hari saya mengalami senggugut dan sakit pinggang seperti waktu period walhal saya baru sahaja habis period beberapa hari lepas… adakah ianya berkaitan dengan buah pinggang rosak?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, simptom yang dialami oleh puan/tuan mungkin boleh berkaitan dengan antara satu sama lain atau tidak. Namun, maklumat lanjut perlu diketahui lebih bagi mengenal pasti masalah yang tepat.
Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah kencing berdarah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kuman pada saluran kencing
- Batu karang
- Kecederaan pada alat sulit
- Masalah pendarahan (sel-sel darah)
Namun, perasaan sakit senggugut dan sakit pinggang boleh dikelirukan dengan sakit abdomen, antaranya ialah:
- Keradangan appendiks atau usus
- Batu karang saluran buah pinggang
- Jangkitan kuman pada buah pinggang atau pundi kencing
- Kandungan ektopik (kandungan luar rahim)
- Keracunan makanan
- Sista pada ovari
Untuk makluman puan/tuan, terdapat beberapa senarai penyakit buah pinggang yang berkait antaranya ialah:
- Batu karang
- Penyakit keradangan
- Jangkitan kuman
- Masalah salur darah dan sistemik
- Tersalah makan ubat
- Kanser buah pinggang
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian atau klik pada link ini.