
Sulit
4 tahun
Senggugut yang teruk dan loya muntah-muntah
saya gadis 27Tahun saya sering senggugut yang teruk dan loya muntah2,migrain…bila berjalan saya terpaksa bongkok kan badan saya kerana terlalu sakit,adakah normal muntah2 waktu period.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Gejala menstruasi
- Keracunan makanan
- Peningkatan tekanan di dalam kepala
- Migrain
- Refluks asid (GERD)
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Sesetengah wanita akan mengalami beberapa gejala yang menyebabkan mereka kurang selesa semasa sedang datang haid. Namun sekiranya gejala tersebut mengganggu aktiviti harian, sila berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut dan rawatan.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.