Anonymous
4 tahun
Sering batuk selepas makan
Saya selalu batuk apabila selepas makan, kadangkala sampai termuntah… Apabila sudah muntah baru laa batuk saya akan behenti…
Boleh kah saya tahu penyakit ap yg saya alami…
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Gejala batuk selepas makan boleh disebabkan:
- Gastrik refluks
- Alahan makanan
- Saluran tekak semakin sempit - disebabkan seperti masalah saraf, Akalasia ataupun ketumbuhan
- Fistula (sambungan) antara saluran udara dan tekak
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.