Sulit

3 tahun

Sering berasa mual dan muntah, hidung menjadi semakin sensitif, sering terasa berhayun dan tempoh period menjadi pendek

Saya adalah seorang wanita, berumur 25 tahun. Sejak kebelakangan ini, saya sering berasa mual disertai dengan muntah. Hidung saya mula merasa agak sensitif dengan bau busuk dan yang tidak menyenangkan walaupun cuma bau kopi. Mulanya saya berfikir saya mengandung tapi saya telah datang bulan pada 10/09/2020 iaitu awal 2 hari dari due date saya yang sepatutnya. Saya mengalami overflow serta senggugut selama 3 hari. Pada hari ke empat, period saya tinggal spotting coklat sahaja. Cycle period saya adalah 18-20 hari. Sebelum ini saya ada mengambil pil kemurungan apo cilatopram atas nasihat doktor namun telah berhenti mengambilnya atas inisiatif diri saya sendiri. Saya menyedari mual dan muntah yang saya hadapi semakin kuat apabila saya berhenti mengambil pil kemurungan tersebut. Sebelum ini saya hanya mengalami mual dan muntah angin sejak 01 September 2020 dan berterusan sehingga sekarang dan menjadikan keadaan kondisi saya seperti yang saya ceritakan di atas tadi. Saya ada menjalani medical checkup beberapa hari yang lepas dan keputusan dari pemeriksaan tersebut adalah normal kesemuanya. Namun, bacaan albumin saya tinggi. Apakah masalah yang saya hadapi doktor?

Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.

Kami berasa simpati kepada anda kerana perlu melalui semua itu. Berdasarkan keterangan anda, bacaan Albumin anda tinggi tetapi normal semuanya walaupun anda mengalami masalah mual dan muntah juga.

Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah loya dan muntah yang dialami oleh anda. Untuk makluman anda, terdapat beberapa penjelasan yang boleh dikaitkan dengan masalah yang dihadapi iaitu:

  • Keracunan makan
  • Ulser perut
  • Gastrik ( Gastritis )
  • Ketidakseimbangan hormon atau masalah enzim penghadaman
  • Jangkitan kuman pada usus atau perut.
  • Penyakit keradangan pada usus

Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor dengan segera sekiranya anda mengalami simptom seperti demam atau muntah hijau atau berdarah.

Hindari sakit perut dari mengganggu aktiviti harian anda dengan penjagaan sistem penghadaman yang betul.

Tempoh haid anda adalah baik dan ini disokong oleh pemeriksaan oleh doktor yang menunjukkan keputusan yang normal.

Berdasarkan keputusan ujian yang anda berikan, jika dibandingkan dengan paras normal ujian liver function, terdapat abnormaliti pada keputusan tersebut iaitu albumin lebih tinggi daripada biasa. Namun begitu, pihak kami tidak boleh membuat sebarang kesimpulan tanpa mengetahui maklumat lanjut seperti sejarah kesihatan anda kerana setiap penyakit didiagnose melalui sejarah kesihatan, pemeriksaan dan ujian darah hanya membantu dalam membuat kesimpulan.

Anda perlu segera ke klinik atau hospital atau merujuk kepada doktor anda tentang keputusan ujian darah ini bagi memberikan maklumat yang lengkap dan menjalani pemeriksaan atau ujian yang diperlukan. Hal ini adalah penting bagi memberikan anda rawatan yang sesuai.

Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

chestpain

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)