Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sering bersin dan selepas makan sering muntah

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Mei 19, 2020 3:10 AM

Sulit 51 hari

Saya mempunyai anak berumur 15 tahun. Die sering berain sejak kebelakangan ini Dan apabila ia makan… Dia sering memutahkan kembali makanan itu… Boleh saya minta penerangan lanjut… Terima kasih

Dr Sashini Seeni 51 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah muntah selepas makan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • GERD
  • masalah hormon seperti hipertiroid
  • Gastrik
  • Masalah pada esofagus
  • Peptic ulcer disease
  • Bulimia nervosa
  • Migrain
  • Kehamilan

Masalah bersin pula boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Alahan Rhinitis (Allergic Rhinitis)
  • Radang Sinus (Sinusitis)
  • Jangkitan virus

Untuk mengetahui punca masalah yang anak anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anak anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Tue May 19 2020 03:10:13 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Sulit
Muntah pening lemah badan saya wanita 21 tahun. Saya tak rasa ini ada berkaitan “jet lag”. Bila saya makan saya akan muntah. Saya rasa lemah dan pening. Adakah ini faktor dari “jet lag”. Saya sudah jadi ini dari semalam … Baca lagi...
4 bulan
Sulit
Muntah selepas makan secara tidak sengaja Saya mengalami masalah muntah selepas makan , Kalau saya makan banyak , automatic saya akan muntahkan makanan itu. tetapi secara tidak sengaja. apa yang patut saya buat? adakah saya mempunyai an… Baca lagi...
49 hari
Sulit
Sering muntah air buih dan makanan sy berumur 29 tahun… sering muntah… pada saat tertentu… ada masa sy muntah air buih… ada masa sy muntah makanan…sy ikot saranan hospital ubat gasterik pil sy ambil … lebih 1 tahun sy mcm ni doct… Baca lagi...
42 hari
Sulit
Muntah selepas sahur dan berbuka di pertengah bulan puasaa ini , saya sering berada loya setiap kali seleepas sahur dan berbuka , adakah itu normal untuk pesakit gastrik? saya juga pernah sakit dada beberapa kali . Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Mual/loya tetapi tidak muntah helo doktor. saya seorang lelaki dan ingin bertanya dalam berapa hari ni saya rasa mual dan loya tetapi tidak muntah. lebih lagi bila lepas makan/minum. dan diikuti dgn dalam perut terasa panas … Baca lagi...
4 bulan
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi