
Sulit
3 tahun
Sering merasa tidak selesa di bahagian pinggang belah kiri
Haii doktor…saya ada masalah ketidakselesaan dibahagian pinggang belah kiri saya…saya tidak boleh tidur dengan lena disebabkan kesakitan ini…seringkali bila saya mengiringkan badan saya menghadap ke sebelah kanan,saya jd sukar untuk bernafas…pada tahun 2018 dan 2019 saya pernah mengambil kursus diploma dalam bahagian pelancongan dan rekreasi tetapi berhenti pada bulan 10/2019…saya banyak melakukan aktiviti lasak sepanjang berada di politeknik…antaranyaa berkayak,joging setiap minggu,kerap masuk kolam renang dan juga kerap mendaki bukit…saya juga merasakan perut saya menjadi kembung dan menyebabkan saya kerap sembelit… saya juga ada masalah haid yg tidak teratur…haid saya baru sahaja datang bulan ini…terakhir saya datang bulan ialah pada bulan 8 2020…saya juga penghidap focal epilepsy with left temporo encephalomalacia yang mana masih lagi dalam rawatan…saya juga pernah menghidap kanser darah ketika berumur 4 tahun dan juga jantung berlubang pada tahun yang sama juga…saya mengharapkan jawapan yang positif untuk setiap persoalan yang masih lagi merungsingkan saya…
Terima kasih doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sakit pinggang sebelah kiri. Untuk makluman anda, masalah sakit pinggang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Otot pada pinggang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang dan pinggang
- Kemampatan cakera intervertebral
- Slip disc
- Akibat bahan kimia prostaglandin yang dibuat di dalam lapisan rahim. Keadaan ini adalah dianggap fisiologis dan hanya perlu diubati dengan ubat tahan sakit.
- Jangkitan pada saluran kencing dan buah pinggang yang boleh menyebabkan kepedihan sewaktu kencing.
- Endometriosis - Dalam keadaan ini, tisu dari lapisan rahim didapati di luar rahim, seperti pada ovari dan tiub fallopian, di belakang rahim, dan pada pundi kencing. Tisu ini akan berkelakuan seperti tisu rahim dan melekat-lekat sehingga menyebabkan rasa sakit.
- Adenomyosis-Tisu yang biasanya melekat pada rahim mula tumbuh di dinding otot rahim.
- Fibroid-Fibroid adalah pertumbuhan yang terbentuk di luar, di bahagian dalam, atau di dinding rahim. Fibroid yang terletak di dinding rahim boleh menyebabkan kesakitan.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah serta rawatan yang tepat, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan. Oleh itu, seandainya sakit yang dirasakan adalah berlebihan sehingga boleh menyebabkan rutin harian dan pekerjaan anda terganggu, maka anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor di hospital atau klinik berdekatan.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Masih risau dengan sakit pinggang anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!