Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sering pitam dan pengsan

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Februari 11, 2019 2:16 AM

medina 17 bulan

Hai doktor, saya sering pitam dan pengsan. Adakah ini disebabkan darah rendah?

Dr Ramzdhan 17 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan anda.

Kerap pitam dan pengsan biasanya disebabkan oleh beberapa perkara. Kebiasaannya ia berlaku sebagai tindak balas kepada pengurangan pembekalan darah kepada otak.

Ini berlaku apabila seseorang mempunyai masalah jantung seperti:

  • degupan jantung yang tidak sekata
  • kurang gula di dalam darah
  • anaemia
  • masalah urat saraf yang mengawal tekanan darah
  • tekanan darah yang rendah

Dalam situasi anda, ia mungkin merupakan serangan vasovagal yang kerap kali berlaku pada golongan kanak-kanak dan dewasa. Ini berlaku apabila tekanan darah berkurangan, menyebabkan pengurangan oksigen ke otak dan seterusnya menyebabkan pengsan.

Selain itu, masalah pitam juga mungkin berlaku jika anda mempunyai tekanan emosi yang tinggi, gelisah, sakit, lapar atau penggunaan alkohol atau dadah. Dalam pada itu, jika anda adalah wanita, kehilangan darah ketika haid secara berlebihan juga akan menyebabkan anaemia, rasa pening dan pitam. Untuk mengetahui punca sebenar masalah anda, anda perlu mendapatkan rundingan lanjut di link ini (DoctorOnCall).

Dikemaskini pada: Mon Feb 11 2019 02:16:14 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Dr Mohamad Kashfi bin Ahmad 17 bulan
General Practitioner

Selamat petang! Terima kasih atas soalan anda.

Saya dapat memahami bahawa anda sangat prihatin terhadap keadaan anda. Untuk menjawab soalan anda, keadaan anda boleh disebabkan oleh tekanan darah yang tidak normal. Tekanan darah yang normal adalah dalam lingkungan 120/80 mmHg.

Sekiranya anda mempunyai tekanan darah yang terlalu rendah ataupun yang terlampau tinggi, ia boleh menyebabkan anda berasa pening. Tekanan darah yang rendah selalunya disebabkan oleh anemia ( kekurangan darah sel merah) manakala tekanan darah yang tinggi boleh disebabkan oleh pelbagai sebab terutamanya kadar kolesterol yang tinggi.

Anda haruslah berjumpa dengan doktor anda untuk mengetahui keadaaan tekanan darah anda. Jika gejala ini berterusan, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan doktor.

Dikemaskini pada: Tue Feb 12 2019 09:44:17 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Sekarang anda boleh terus dapatkan konsultasi doktor secara online mengenai masalah Hipotensi dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
miradel.ar3
Kurang garam dalam badan Saya nak tahu lebih lanjut tentang sakit kurang garam dalam badan. Dalam masa yg sama, pesakit ada kolestrol. Umur pesakit 56 tahun. Apakah pemakanan terbaik untuk pesakit tersebut? Sekiranya penin… Baca lagi...
7 bulan
Anonymous
Tekanan darah dan penglihatan kabur salam doktor, tekanan darah saya 86/59…kira cam rendah la kan…pagi ni saya bangun tidur, pandangan mata saya jadi kabur…bukan sekejap…setakat ni dh lebih 15minit, masih kabur. apa patut saya buat? Baca lagi...
11 bulan
Anonymous
Pitam selepas duduk terlalu lama Saya remaja berumur 17 tahun . Saya selalu pitam selepas duduk atau mencangkung terlalu lama. Apa sebenarnya masalah saya? Baca lagi...
13 bulan
nisaa
Tekanan darah rendah ni sebab kanser ke? Doktor, tekanan darah rendah ni sebab kanser ke? Baca lagi...
17 bulan
Sulit
Tekanan Darah Rendah Selepas Bersalin Saya wanita berumur 29 tahun dan mempunyai 2 orang anak. Saya kehilangan 2 liter darah selepas melahirkan anak yang pertama pada 2016 dan menerima 4 beg darah. Selepas mengalami tumpah darah sel… Baca lagi...
2 bulan
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi