Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sering sakit kepala pada bahagian kiri

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: September 19, 2020 4:29 PM

Sulit 38 hari

Saya sering mengalami sakit kepala dan hanya pada sebelah kiri kepala sampai leher saya . Saya sering mengalami sakit kepala pada bahagian kiri. Kadang kadang harini sakit sebelah kiri esok sebelah kanan pulak . Adakah sebab saya pakai spek atau ade sebab yang lain

Dr Sashini Seeni 38 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.

Sakit kepala boleh disebabkan banyak sebab dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor.

Kebiasan pesakit yang mengalami sakit kepala tergolong dalam sakit kepala primer iaitu melibatkan sakit kepala migrain, sakit kepala jenis berkelompok dan sakit kepala sakit kepala ketegangan.
Majoriti daripada sakit kepala boleh datang dari kumpulan sakit kepala jenis primer.

  • migrain
  • sakit kepala berkelompok
  • sakit kepala tension

Kadang-kala, kuasa kanta mata yang tidak sesuai boleh menyebabkan sakit kepala. Jika bukan daripada sakit kepala jenis primer, maka sakit kepala itu akan disebabkan daripada sakit kepala jenis sekunder. Sakit kepala jenis sekunder boleh disebabkan masalah yang menyebabkan tekanan di dalam ruang tengkorak meningkat daripada paras yang normal. Selain itu, sakit kepala sekunder juga boleh disebabkan masalah yang berlaku di luar tengkorak seperti glaukoma, sinusitis dan jangkitan sistem pendengaran atau otitis media .

  • darah tinggi
  • rabun mata
  • trauma
  • kanser otak

Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.

Informasi yang anda berikan berkenaan dengan sakit kepala dan ia juga bersangkut-paut dengan masalah penglihatan. Oleh itu, masalah ini boleh terjadi disebabkan masalah berikut iaitu:

  • Hipotensi (tekanan darah rendah)
  • Glaukoma
  • Keradangan meningis
  • Dehidrasi
  • Migrain

Sakit kepala boleh dikurangkan dengan menggunakan ubat tahan sakit yang boleh dibeli difarmasi. Namun, rawatan ini tidak merawat masalah sebenar punca sakit kepala.
Untuk mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih

Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.

Dikemaskini pada: Sat Sep 19 2020 16:29:06 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Perubatan Dalaman tentang sakit kepala secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Sering merasa sakit kepala Hai, saya berumur 39 tahun, 3 minggu lepas saya mengalami sakit telinga sebelah kanan.Dokter maklumkan ada jangkitan/nanah dalam telinga dan diberikan antibiotik makan.(antibiotik tersebut diamb… Baca lagi...
2 hari
Sulit
Sering sakit kepala, lenguh tangan dan tidak selesa di leher Saya wanita berusia 36 tahun. Sering mengalami sKit kepala, lwngub tangan kiri, tidak selesa di leher dan bahagian atas dada. Hidung saya juga selalu tersembat menyebabkan saya sukar bernafas.… Baca lagi...
11 hari
Sulit
Migrain & kebas kepala Saya wanita berusia 28tahun merupakan ibu tunggal anak 2. Saya kerap sakit kepala sehinggakan saya terpaksa makan pain killer & caffox pill utk meredahkan sakit kepala saya. Cuma sejak kebelakan… Baca lagi...
9 hari
Sulit
Kepala berpusing pusing selamat sejahtera doktor, saya berusia 28 tahun dan sudah berkahwin, kepala saya kerap berpusing pusing sepanjang hari ini, bila baring, berdiri atau duduk berjalan kepala terasa pusing pusing s… Baca lagi...
8 hari
Sulit
Gigitan lipan Di kepala Saya wanita 19 tahun. Semalam pagi selepas bangun tidur, saya Rasa sakit Di kepala seakan berdenyut Dan bengkak. Kemudian badan saya Rasa lemah hingga ke waktu Malam. Baru tadi ayah check kepala… Baca lagi...
9 hari
Tanya Doktor Percuma 10.10 Health Fest: Baucar RM10!