Sulit
2 tahun
Sesak nafas: Asma atau asid refluks?
Hi, saya lelaki berusia 26 tahun. Saya mengalami masalah sesak nafas bermula dari bulan 10 tahun lepas (2020). Doktor mengatakan saya mengalami asid refluks(GERD) namun sehingga hari ini saya masih mengalami sesak nafas on and off. Pada hari Selasa 4/05/2021 saya mengalami sesak nafas dan susah untuk saya menarik nafas melalui hidung (terpaksa mengggunakan mulut) saya berpendapat mungkin terkena virus covid19, dan apabila swab test (5/05/2021) (hidung dan tekak) dilakukan keputusan adalah negatif. Jadi saya terus ke klinik kesihatan berdekatan dan doktor memaklumkan bahawa saya mungkin mengalami asma. Namun bacaan oksigen saya adalah 100 dan nafas saya tidak berbunyi.
Persoalan saya:
1.Adakah saya menghidap asma walaupun bacaan oksigen saya tidak rendah? Bacaan paling rendah adalah 99. Dan saya mempunyai sejarah asma semasa kecil.
2.Doktor menyarankan saya untuk menggunakan pump asma. Adakah saya perlu menggunakannya?
3.Saya ada membaca beberapa artikel yang mengatakan bahawa ubat asma tidak boleh digunakan untuk mereka yang mempunyai asid refluks (GERD). adakah wajar untuk saya terus menggunakan ubat asid refluks?
4.Berikutan masalah sesak nafas saya tidak sembuh lagi, doktor telah menukar ubat omeprazole 20mg (2 biji sekali sehari) kepada pantoprazole 40mg (1 biji sekali sehari). Tetapi pantoprazole membuatkan saya mengalami sakit dada dan apabila saya hentikan pengambilan sakit dada beransur hilang. Saya kemudian menggunakan semula omeprazole. Adakah perlu untuk saya meneruskan penggunaan omeprazole atau menggantikan kepada pantoprazole?
Terima kasih. Salam sejahtera.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang diberikan, kami mengambil serius dan memahami kebimbangan anda dalam hal ini.
- Pertama sekali, untuk menetapkan suatu diagnosis penyakit, pemeriksaan menyeluruh dan teliti adalah diperlukan sebelum membuat kesimpulan. Justeru, berdasarkan informasi gejala di ruangan soalan belum mencukupi untuk memberikan jawapan yang dikehendaki. Namun, secara umum, gejala sesak nafas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara yang tidak terhad pada:
- Penyakit Asma
- Alahan -terutama jika kerap berlaku setelah memakan makanan tertentu. Digalakkan untuk mengelak pengambilan makanan yang dikenalpasti.
- Anemia - kurang darah merah
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit tibi
- Penyakit jantung koronari
- anxiety
Sekiranya anda telah menjalani konsultasi bersama doktor, anda amat digalakkan untuk mengikuti anjuran dan arahan rawatan daripada doktor yang memeriksa anda.
Berdasarkan laporan dan informasi terkini, sesetengah ubat-ubatan asma boleh menambahkan lagi kondisi refluks asid. Sebaiknya anda merujuk secara langsung dengan doktor mengenai ubat yang anda gunakan secara spesifik.
Kesan sampingan kepada ubat-ubatan boleh berlaku. Namun ianya dipreskripsikan kepada pesakit melihat kepada manfaat yang lebih besar dalam merawat gejala yang dihadapi. Sekiranya kesan sampingan yang anda alami semakin berat atau berlarutan, anda amat disarankan untuk berjumpa sekali lagi dengan doktor yang merawat anda dan memberikan aduan ini. Penanganan lanjut atau ubat-ubatan alternatif mungkin diberikan kepada anda. Justeru, anda dinasihatkan untuk tidak berhenti atau menukar mana-mana ubat-ubatan tanpa mendapat nasihat daripada doktor yang merawat anda terlebih dahulu.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.