
Sulit
4 tahun
Sesak nafas, berkahak, keluar angin dan suara jadi serak
Saya wanita berumur 27 tahun. Saya mengelami masalah sesak nafas apabila minum air sejuk. Pada masa yang sama suara saya jadi serak dan kadang kala berkahak. Bila saya buang kahak sesak nafas saya berkurang. Semalam saya letak minyak angin dan urut kerongkong saya keluar angin dan kahak sikit demi sikit . Untuk pengetahuan Doctor saya tidak boleh minum air manis sejuk mahupun panas suara saya akan bertukar dan sakit tekak. Saya hanya boleh minum air mineral sahaja. Sekian. Terima Kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Berdasarkan keterangan yang diberikan, segenap gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai masalah atau kondisi kesihatan, sehingga memerlukan pemeriksaan terperinci bagi menentukan rawatan yang tepat. Secara umum, masalah sedemikian boleh disebabkan oleh beberapa penjelasan, antaranya ialah:
- Alahan -terutama jika kerap berlaku setelah memakan makanan tertentu. Digalakkan untuk mengelak pengambilan makanan yang dikenalpasti.
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit tibi
- Penyakit jantung koronari
- anxiety
Anda mengalami masalah sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih