Dijawab oleh: Dr Ramzdhan
Saya mengalami masalah sesak nafad dan hidung beraisr serta kerap bersin… Adakakah ini tanda vovid19 bagi yang tiada gejala… Boleh doktor terangkan kepada sy tanda jangkitan yang tiada gejala bg covid19… Perlu ke sy untuk menjalani vovid test?
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah sesak nafas boleh disebabkan oleh:
Masalah hidung berair dan kerap bersin boleh disebabkan oleh:
Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
Anda perlu khuatir jika anda baru pulang dari negara yang terjejas dengan wabak COVID-19 atau anda mempunyai kontak rapat dengan mereka yang SAH dijangkiti COVID-19. Oleh itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Untuk sementara waktu, anda disarankan untuk kuarantinkan diri selama 14 hari jika anda mengalami gejala-gejala COVID-19.
Pengendalian ujian ini adalah bergantung kepada pengamatan dan evaluasi daripada doktor setelah melakukan pemerhatian klinikal, pemeriksaan serta mengetahui sejarah sakit. Jika anda menunjukkan simptom jangkitan dan pernah berkunjung ataupun berada dekat dengan tempat yang terjejas dan mempunyai kontak rapat dengan mereka yang SAH dijangkiti, sebaiknya anda mendapatkan ujian ini.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.