Sulit
6 tahun
Sesak nafas dan masalah angin
Saya wanita. Umur 25 tahun. Dalam seminggu ni saya rasa susah nak bernafas. Dada saya terasa penuh. Saya ada masalah angin juga, kerap sendawa. Bila nak sendawa rasa tersekat dekat kerongkong. Adakah sesak nafas saya ni ada kaitan dengan angin? Saya juga nak bertanya kalau waktu kita tidur denyutan jantung 47-55 ni normal atau tidak? Selalunya denyutan jantung saya 60-70 ketika tidur.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami seperti:
- GERD
• Penyakit jantung
• Jangkitan injap jantung (infective endocarditis)
• Kekurangan darah atau anaemia
• Jangkitan paru-paru
• Barah paru-paru
• Penyakit autoimun seperti SLE atau rheumatoid arthritis
• Kondisi psikiatrik seperti kebimbangan yang berlebihan (anxiety disorder) dan kemurungan (depression)
Denyutan jantung 44-57 agak rendah. Normal bagi orang dewasa ialah 60-100. Namun, jika anda seorang yang aktif, denyutan jantung sedemikian normal
Untuk mengetahui punca berlakunya sesak nafas anda perlu buat pemeriksaan fizikal /ujian darah/ECG terlebih dahulu.Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk mendapatkan rawatan kerana punca-punca yang tersenarai di atas memerlukan rawatan segera untuk mengelakkan komplikasi. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Jawapan ini ialah keterangan am. Terima kasih.



































