Sulit
4 tahun
Sesak nafas dari dada sehingga leher
Saya wanita berumur 20 tahun, saya sejak kebelakangan ini, saya sering sesak nafas dri dada hingga ke leher. Mmng susah utk bernafas, setiap malam akan terbangun akibat sesak nafas, sehingga kan satu tahap itu, saya rasa tak berdaya sperti orng nazak. Dr, apa kah penyakit yg saya hadapi ini sehingga kn sakit dada dn saluran pernafasan dri dada sehingga leher amat lah perit. Ada kah saya masalah paru²?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sesak nafas yang bersifat menjalar seperti yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia - kurang darah merah
- Hipoventilasi akibat obesiti
- Penyakit asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan sesuatu seperti makanan atau ubatan
- Penyakit jantung koronari
- Anxiety
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mendapatkan perawatan tentang masalah anda, sila rujuk doktor. Untuk merujuk doktor di (DoctorOnCall), silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.