
Sulit
5 tahun
Sesak Nafas sejak 3 minggu
F, 24 y/o, no history of respiratory disease, diagnosed with psoriasis at 15 y/o, currently using Cloderm for pass 8 yrs (apply once a weak)
Saya pergi ER pada 19 and 20/03 sebab sesak nafas. Hyperventilate Dr cakap. Oxygen level ok, bp 160/80. Results Xray, blood test dan ECG ok Dr kata. Dr takde bagi apa2 ubat.
Selepas tu, sy masih lagi sesak nafas mostly pada waktu malam, 11 malam keatas. Kakak sy suggest utk ambil cimetidine (she’s a mo in usm, saya dekat KL sekarang) utk gerd. Sesak nafas tu makin berkurang tp masih ada. Kadang2 badan/kulit saya panas macam demam tapi takde batuk atau sakit tekak. Panas badan tu on and off dah 2 minggu. Sakit dada di belah kiri, kanan dan tgh tp bukan pada masa yang sama. Kdg2 sakit dada kiri, kdg2 kanan dan tgh.
Sekarang dah 3 minggu simptom2 tu. Apa pendapat Dr dekat situ? Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- GERD
GERD sememangnya menyebabkan sakit dada, sesak nafas walaupun jarang-jarang dan kadang-kala sakit tekak atau batuk. Ubat yang anda ambil menunjukkan perkembangan positif, namun, ubat tersebut mengambil masa untuk membantu gejala yang anda hadapi untuk pulih sepenuhnya. Disamping itu, anda boleh melakukan perkara berikut untuk keputusan yang lebih efektif.
- tidak makan makanan pedas
- tidak makan sebelum tidur, pastikan jarak 4 jam daripada tidur dan makan
- kurangkan berat badan jika berlebihan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.