zorafendi37
5 tahun
Sesak nafas .serangan asthma.sakit dada.batuk
Saya sudah seminggu mengalami sesak nafas yang teruk .sudah gunakan 5 kali inhaler namun tidak berkurangan.mlhn semakin teruk.dada semakin sesak
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Sesak nafas berlaku apabila saluran pernafasan menyempit akibat bengkak, mengecut atau tersumbat. Ia juga terjadi sebagai respons kekurangan oksigen.
Terdapat pelbagai punca sesak nafas antaranya adalah:
- Asma adalah penyakit yang disebabkan oleh alergi terhadap bahan pencetus asma. Pesakit asma mengalami masalah pembengkakan saluran pernafasan akibat terdedah kepada bahan alergi.
- Jangkitan paru-paru atau saluran pernafasan menyebabkan salur pernafasan bengkak dan paru-paru tidak dapat mengembang dengan baik sekaligusmengurangkan kadar oksigen yang masuk ke paru-paru.
- Masalah jantung boleh menyebabkan sesak nafas
- Kurang darah merah menyebabkan seseorang sesak nafas kerana sel darah merah membawa oksigen ke seluruh tubuh. Apabila kurangnya sel ini, paru-paru perlu bekerja lebih keras bagi memastikan bekalan oksigen mencukupi.
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Disebabkan anda mengalami asma dan penggunaan inhaler tidak berkesan anda perlu ke klinik dengan segera untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.





































