Anonymous
4 tahun
Simptom awal seperti hiv
Saya ada pergi utk urutan badan ke badan tapi tiada berlaku seks…tetapi sekarang saya kerap mengalami simptom awal seperti hiv? Apakah percentage saya dijangkiti dan adakah saya dijangkiti penyakit sti yang lain?
4 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk pengetahuan anda, HIV akan tersebar melalui pertukaran cecair badan iaitu darah, semen atau cecair faraj. Jika anda pasti memakai kondom dan tiada pertukaran cecair badan, maka kurang risiko penyebaran HIV. Walaubagaimanapun, anda dinasihati untuk menjalani ujian saringan HIV sekurang kurangnya 3-6 bulan (window period).
Sila berbincang dengan doktor kami untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih