
Sulit
4 tahun
Simptom-simptom HIV atau penyakit berkaitan
Saya seorang lelaki berumur 34 tahun. Sudah berkahwin. Baru² ini saya telah melakukan hubungan seks ringan dgn seorang lelaki. Saya tidak tahu sangat tentang latar belakang lelaki tersebut. Namun saya risau saya akan terjangkit penyakit kelamin atau HIV. Ketika itu kami melakukan seks yg tak selamat kerana tidak pakai kondom. Namun kami tak pancut /cum samada di dalam dubur atau mulut. Hanya diluar. Sebelum itu juga kami ada melakukan cium mulut dan blowjob.
Soalan saya, adakah ada risiko saya akan mendapat penyakit kelamin atau HIV? Sebelum ini saya memang negatif. Pasangan saya juga negatif, tetapi dia ada melakukan seks sejenis dengan lelaki lain beberapa bulan sebelum.
Kejadian ini sudah 31 hari berlaku. Antara kami tiada simptom-simptom berkenaan HIV. Saya dalam keadaan sihat tiada demam / batuk / sakit sendi / sakit dikelenjar limfa / ruam / berpeluh pada waktu tidur (berdasarkan maklumat yg saya dapat dari sini).
Saya juga risau kerana dalam masa itu saya ada melakukan hubungan seks dengan isteri saya.
Saya memang menyesal dgn perbuatan saya. Saya juga ada membuat ujian darah di klinik swasta namun jawapan akan diberikan dalam beberapa hari lagi
Mohon respon doktor.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mangajukan soalan kepada kami.
Melalui keterangan anda di atas saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda HIV boleh dijangkiti jika salah seorang pasangan merupakan HIV-positif. Jika anda dan pasangan anda tidak mempunyai HIV, anda tidak akan mengjangkiti atau terjangkit dengan virus ini. HIV boleh didapati daripada:
- darah
- air mani
- air mazi
- cecair rektum
- cecair faraj
- susu ibu
HIV boleh merebak kepada seseorang jika:
- melakukan hubungan seks tanpa kondom
- berkongsi jarum untuk dadah
- pemindahan darah atau organ yang tercemar dengan HIV
- ibu yang telah dijangkiti memberikan susu kepada bayinya
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Pada peringkat awal, pesakit tidak menunjukkan tanda-tanda HIV dan kelihatan sihat namun dia adalah positif. Seeloknya jika anda mengsyaki diri anda mempunyai HIV anda perlu membuat ujian HIV yang boleh dibuat dimana-mana klinik dan hospital. Sekiranya anda positif anda perlu meminta isteri anda untuk melakukan ujian juga untuk memastikan adakah dia dijangkiti. Seeloknya HIV perlu dikesan dengan awal supaya dapat melakukan rawatan dengan awal untuk menurunkan kadar virus dalam badan. Anda boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Terima kasih.
Be free of sexually transmitted disease and lead a happy life. Get specialist advice today.