Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Simtom jangkitan Chlamydia atau Gonorrhoea

Dijawab oleh: Dr Ilias

Dikemaskini pada: November 28, 2018 8:47 AM

hipolito 23 bulan
  1. Rasa sakit sedikit dihujung zakar ketika kencing.
  2. Ketidakselesaan
  3. Keluar cecair tidak normal dari zakar. Warna putih kuning. Ada kesan di seluar.

Gonorrhea atau Chlamydia?

Dr Ilias 23 bulan
General Practitioner

Hi! Terima kasih untuk soalan anda.

Gejala-gejala ini bagaimanapun tidak bermakna anda mempunyai penyakit menular seksual (STD). Manifestasi ini juga boleh dilihat pada orang tertentu dengan jangkitan saluran kencing (UTI).
Anda boleh membezakan STD dari UTI dengan gejala mereka. Pesakit dengan UTI boleh hadir dengan kencing yang pedih dan menyakitkan, peningkatan kekerapan kencing, ketidakselesaan bahagian bawah abdomen, air kencing berdarah dan demam panas menggigil.

STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV datang dengan simptom yang berlainan. Secara umum, pesakit boleh hadir dengan ketidakselesaan abdomen bahagian bawah, kencing yang pedih dan menyakitkan, ejakulasi yang sakit, bintik-bintik, benjolan atau luka di sekeliling zakar. Sesetengah STD mungkin juga hadir sebagai penyakit selesema dan demam yang berjangka panjang dan kronik.

Adalah penting bahawa anda mendapat ujian dijalankan untuk kedua-duanya; UTI dan STD kerana kedua-dua keadaan ini boleh menyebabkan komplikasi yang tidak diingini. Adalah dinasihatkan supaya anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan menyeluruh dan untuk mengesahkan diagnosis penyakit anda. Anda juga boleh mendapatkan STD dan kit ujian rumah UTI dari farmasi terdekat anda.

Dikemaskini pada: Wed Nov 28 2018 08:47:43 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Dr Nathaniel Ho 23 bulan
General Practitioner

Hai dan selamat petang. Terima kasih kerana mengajukan soalan kepada saya. Chlamydia juga merupakan penyakit kelamin yang kerap berlaku. Ia disebabkan oleh bakteria Chlamydia Trochomatis. Pesakit yang dijangkiti chlamydia kebiasaannya tidak mempunyai sebarang simptom pada peringkat awal jangkitan. Tapi itu bukanlah satu tiket untuk anda berasa tidak risau dengan keberadaan chlamydia kerana ia mampu memberikan impak kepada kesihatan anda jika tidak dirawat secepat mungkin. Antara simptom-simptom yang kebiasaannya dialami oleh pesakit yang dijangkiti chlamydia adalah seperti rasa sakit ketika hendak membuang air kecil, cecair bewarna putih kekunigan keluar melalui kemaluan, dan sakit ketika melakukan hubungan kelamin terutamanya kaum wanita. Ada sesetengah pesakit wanita akan mengalami sakit pada bahagian abdomen. Hal ini disebabkan kerana jangkitan chlamydia mampu merebak sehingga ke paras pelvis termasuklah rahim, tiub fallopia dan cerviks. Mereka juga akan mengalami simptom-simptom seperti demam, loya, sakit yang teramat pada bahgian bawah abdomen dan pendarahan haid yang tidak terkawal. Jika tidak dirawat sebaik mungkin, jangkitan Chlamydia boleh mengakibatkan rahim serta bahagian wanita yang lain rosak akibat kadar infamasi yang tinggi. Akibat dari kerosakan rahim, cerviks atau tiub fallopia, kaum wanita akan berkemungkinan mengalami masalah untuk hamil dan melahirkan zuriat. Walaupun wanita tersebut berjaya hamil, namun dia mempunyai kemungkinan untuk memindahkan jangkitan chlamydia kepada zuriatnya ketika proses bersalin berlaku. Kaum lelaki juga akan mengalami masalah reproduktif juka jangkitan chlamydia tidak dirawat secepat mungkin. Antara cara untuk mengesan jangkitan chlamydia adalah dengan mengambil spesimen(swab) daripada bahagian kemaluan untuk kaum wanita dan juga melakukan ujian air kencing bagi kaum lelaki. Chlamydia adalah antara penyakit kelamin yang mudah untuk dirawat juga menggunakan antibiotik. Untuk pemilihan antibiotik yang berkesan, mereka yang dijangkiti chlamydia dinasihatkan agar berjumpa dengan doktor atau pakar sakit puan untuk mendapatkan rawatan yang lebih lanjut.

Dikemaskini pada: Mon Nov 19 2018 07:51:37 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang chlamydia secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Delia
Kesan jangkitan chlamydia kepada kehamilan Beberapa tahun lepas saya pernah dijangkiti dengan Klamidia, tapi saya sudah mendapatkan rawatan daripada doktor. Kini saya dan suami sedang cuba untuk mendapatkan zuriat. Persoalan saya, adakah terda… Baca lagi...
23 bulan
Sulit
Persoalan mengenai jangkitan chlamydia Saya wanita 30an… sudah menjalankan ujian STD dan didapati positive chlamydia… sudah mendapatkan rwtn azytromycin lbh krg 7 bln yg lalu… sebelum ini tiada tanda2 jangkitan apa2 cuma saya memang … Baca lagi...
13 bulan
jospie31
Tempoh untuk melakukan hubugan seks Saya remaja usia 20 tahun, sya pernah menghidapi penyakit kelamin jenis Chlamydia dan telah mendapatkan rawatan, bolehkah saya melakukan hubugan seks dengan pasangan saya yang tidak ada penyakit kelam… Baca lagi...
14 bulan
Rhia
Sakit ketika buang air Hi doktor, saya seorang wanita berusia 24 tahun. Kemaluan saya berasa sakit ketika membuang air kecil . Kadang-kala saya perasan ada cecair yang lain daripada biasa yang keluar daripada faraj saya dan… Baca lagi...
23 bulan
Johan
Adakah saya dijangkiti klamidia? Hai dokter, partner saya sebelum ini pernah dokter diagnose dia mempunyai klamidia. Adakah terdapat kemungkinan yang saya juga boleh dijangkiti dengan penyakit yang sama? perlu ke saya check dengan do… Baca lagi...
23 bulan
Tanya Doktor Percuma 10.10 Health Fest: Baucar RM10!