
Sulit
3 tahun
SINTOM HIV, Sekurang²nya 2 minggu lepas Saya ada buat aktiviti berisiko , dalam berapa Hari yang lepas saya mengalami peluh berlebihan², Dan sakit tekak , Serta cepat letih
Sekurang²nya 2 minggu lepas Saya ada buat aktiviti berisiko , dalam berapa Hari yang lepas saya mengalami peluh berlebihan², Dan sakit tekak , Serta cepat letih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih kerana menghubungi pihak DoctorOnCall.
Berdasarkan keterangan anda, kami faham akan kebimbangan anda mengenai gejala yang anda alami sama ada terdapat kaitan dengan jangkitan HIV ataupun tidak. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, jangkitan HIV boleh menular melalui cecair badan yang lazimnya berlaku akibat hubungan seksual atau penggunaan jarum suntik. Untuk mengetahui status anda sama ada dijangkiti HIV ataupun tidak, satu-satunya cara adalah dengan melakukan ujian saringan HIV.
Sesetengah pesakit HIV atau AIDS mungkin mengalami penyakit seperti selesema dalam masa 2 hingga 4 minggu selepas mendapat jangkitan (Tahap 1 jangkitan HIV).
Mengenai gejala peluh berlebihan, sakit tekak dan cepat letih, setiap gejala ini boleh disebabkan oleh penyakit lain. Tetapi jika anda mempunyai simptom-simptom ini selepas pendedahan kepada seseorang yang berpotensi terhadap HIV, berjumpalah dengan doktor segera dan beritahu mereka mengenai risiko anda.
Jangkitan HIV perlu dikesan dan dirawat dengan cepat, bagi mengelak masalah yang lebih serius, seperti:
- AIDS
- Jangkitan paru-paru
- Pelbagai jangkitan virus lain, yang boleh menyebabkan masalah seperti keradangan otak (encephalitis)
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor kami secara telekonsultasi bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai perkara ini.
Semoga jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.