
izzfyqhh
6 tahun
Soalan berkaitan masih asthma atau tidak
Saya wanita berumur 22 tahun. Dulu saya ada asthma yang teruk tapi masa masuk sekolah menengah asthma saya tiada. Cuma sekarang ni bila saya berlari/naik tangga dll saya cepat semput dan letih. Kadang2 bila waktu malam saya susah nak tidur disebabkan sukar bernafas. Tapi bila saya cek kat klinik, mereka kata saya okay tiada masalah. Jadi macam mana ya, apa yang saya patut buat. Terima kasih

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Sekarangsimptom-simptom lyang encik/puan mengadu, anda sedang alami serangan asma. Saya berharap yang anda tidak memandang ringan serangan asma kerana nyawa anda dalam bahaya jika anda tidak mendapat rawatan secepat yang mungkin.
.Seseorang yang sedang mengalami serangan asma akan mengadu sesak nafas, batuk tidak henti, sesak dada dan juga bunyi wheezing (bunyi bersiul) apabila mereka bernafas. Asma ini sebuah penyakit yang tidak boleh dihalang tetapi ia boleh dikawal jika faktor pencetusnya dielakkan. Faktor pencetusnya berbeza untuk setiap individu dan contohnya adalah seperti berikut, pendedahan kepada asap rokok, jangkitan selesema, stress, senaman, pendedahan kepada udara sejuk dan reaksi alahan kepada debu, bunga, karpet, bulu haiwan, makanan dan lipas.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian sekiranya anda ingin mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!