
wanwanie317
4 tahun
Spotting berwarna coklat
Saya wanita berumur 27 tahun dan telah berkahwin dalam 7 bulan. Pada bulan 11 2019 , doktor di klinik memberi pil perancang untuk mengawal period yang keluar setelah ubat tahan period yang diberikan previous tidak memberikan kesan pada period. Pil perancang tersebut diberikan kerana saya ingin membuat umrah pada awal bulan december 2019. Setelah pulang dari umrah saya telah stop makan pil perancang dan period keluar seperti biasa pada hujung bulan 12. Pada bulan januari 2020 period saya pada 23/1/2020 sehingga 29/1/2020. Pada bulan februari sepatutnya period saay pada 21 /2 tetapi pada 13/2 saya telah mengalami spotting berwarna coklat yang sedikit dan masih berlarutan pada 14/2 dan masih sedikit warna coklat tersebut. Adakah saya pregnant di peringkat awal? Ataupun disebab kesan luka setelah bersama dengan suami?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
- Perimenopaus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.