Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Spotting sebelum haid dan kitaran panjang

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Mei 16, 2020 9:08 AM

Sulit 59 hari

Saya wanita 26 tahun dan berkahwin hampir 2 tahun. Saya tidak mempunyai masalah haid selama ini. Namun belakangan ini saya selalu mengalami spotting selama hampir seminggu dengan kitaran haid yang lebih panjang sekitar 38-40 hari. Sebelum ini kitaran adalah normal dengan 28-33 hari. Tahun pertama perkawinan saya telah mengambil chlomid 100 mg selama 6 kitaran dan telah berhenti sehingga kini kerana tiada hasil. Saya telah melakukan tvs scan dan pelvic scan, menunjukkan rahim dalam keadaan normal. Ujian kesuburan hanya sekadar mengambil darah dan prescribed chlomid. Namun dihentikan sebab tiada tujuan yang pantauan oleh doktor. Adakah saya mempunyai masalah berkaitan peranakan disebabkan hal chlomid dan mengganggu kitaran haid saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 59 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, salah satu kesan ubat tersebut adalah ia menyebabkan kitaran haid anda semakin panjang. Akan tetapi, sukar untuk saya mengulas lanjut mengenai sekiranya and amempunyai masalah berkaita peranakan kerana hanya dari maklumat yang berikan adalah tidak mencukupi

Selain itu, untuk masalah spotting, ianya boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:

  • Pendarahan implantasi kehamilan

  • Sesetengah wanita mengalami spotting (keluar cecair coklat) sewaktu ovulasi

  • Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak

  • Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim

  • Perimenopaus

  • Tisu endometrium

  • Perancangan kehamilan seperti suntikan depo, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.

Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Sat May 16 2020 09:08:13 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Sekarang anda boleh terus dapatkan konsultasi doktor secara online mengenai masalah Pendarahan Coklat dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
Sulit
Keluar keputihan berwarna coklat selamat sejahtera doktor. saya berumur 16 tahun. biasanya saya akan keluar keputihan ketika membuang air kecil dan sejak beberapa hari yang lalu ketika saya membuang air kecil telah keluar keput… Baca lagi...
57 hari
Sulit
Spotting sebelum haid dan kitaran panjang Saya wanita 26 tahun dan berkahwin hampir 2 tahun. Saya tidak mempunyai masalah haid selama ini. Namun belakangan ini saya selalu mengalami spotting selama hampir seminggu dengan kitaran haid ya… Baca lagi...
59 hari
Sulit
Darah berwarna coklat hampir 2 minggu Saya wanita berusia 29tahun sudah berkahwin selama 4tahun dan masih tidak mempunyai anak. Saya ingin bertanya kan soalan saya mengalami masalah di mana keluar darah berwarna coklat selama dua m… Baca lagi...
26 hari
Sulit
Keputihan bewarna coklat beserta tompokkan darah Saya wanita berusia 24 tahun dan sudah mengalami keputihan bewarna coklat beserta tompokan darah ini sejak berumur 22 tahun. Hal ini berlaku selepas saya mengangkat benda-benda berat. Kitaran ha… Baca lagi...
57 hari
Sulit
Kecairan berwarna coklat keluar dari vagina saya wanita berumur 20an, lebih kurang 3 hari lepas saya mengalami kecairan berwana coklat yang keluar pada vagina tanpa rasa sakit atau tanda¬≤ pelik. Boleh kah saya tahu punca dan penyelesaiann… Baca lagi...
2 bulan
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi